Thursday, August 13, 2009

ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN






KOMUNITI BESTARI KAMPUNG POK MUKIM TANJUNG KUPANG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 52 TAHUN KEPADA SEMUA RAKYAT MELAYSIA...

MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...

Tuesday, August 4, 2009

HIKMAH RAMADAN

KOMUNITI BESTARI KAMPUNG POK MUKIM TANJUNG KUPANG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

1MALAYSIA

1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami. http://www.1malaysia.com.my

Monday, July 20, 2009

HARI BERTEMU PELANGAN MOA INC.

20 JULAI 2009, ( ISNIN ), DEWAN RAYA KAMPUNG POK, ANJURAN BERSAMA MOA INC. KEMENTRIAN PERTANIAN TELAH MENGADAKAN MAJLIS HARI BERTEMU PELANGAN MOA INC. PERINGKAT PARLIMENN GELANG PATAH. DIANTARA AGENSI YANG TERLIBAT IALAH JABATAN PERTANIAN, JABATAN VETERINAR, JABATAN PERIKANAN, PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN, FAMA, AGROBANK, MPIB DAN TEKUN. TUJUAN DAN MATALAMAT ADALAH MEMPERKENALKAN PRODUK DAN PERKHIMATAN SETIAP AGENSI KERAJAN DI BAWAH KEMENTERIAN PERTANIAN KEPADA PETANI DAN USAHAWAN SERTA RAKYAT KHUSUSNYA DI KAWASAN PARLIMEN GELANG PATAH.


SEPANJANG SESI TAKLIMAT

Sunday, July 19, 2009

PROGRAM SEPAKAT BESTARI DAERAH JOHOR BAHRU

PADA 12.07.09, AHAD, KOMUNITI BESTARI DENGAN KERJASAMA JABATAN PENERANGAN DAERAH JOHOR BAHRU TELAH MENGADAKAN PROGRAM SEPAKAT BESTARI DAERAH JOHOR BAHRU BAGI TUJUAN MENJALINKAN SILATURAHIM ANTARA SESAMA AHLI.PROGRAM TERSEBUT TELAH DIADAKAN DI KOMUNITI BESTARI MUKIM PLENTONG 1,KG. PASIR PUTIH.SEBANYAK TUJUH KOMUNITI BESTARI TELAH MENYERTAI DAN BERBAGAI AKTIVITI SUKAN DAN PERMAINAN RAKYAT TELAH DISEDIAKAN.BAGI KESELURUHAN AKTIVITI KOMUNITI BESTARI MUKIM PLENTONG 1 MENJADI JOHAN KESELURUHAN.

" SEPAKAT BESTARI "

ANTAR AKTIVITI - AKTIVITI YANG DIJALANKAN.





PENYAMPAIAN CENDERAMATA DARIPADA JABATAN PENERANGAN SEBAGAI KENANG-KENANGAN


Thursday, April 23, 2009

ABJZ

" AKU BIJAK JAUHI ZINA ( ABJZ ) "

PENDAHULUAN

Remaja adalah asset penting sesebuah kominiti dalam masyarakat. Remaja merupakan pewaris kepimpinan Negara pada masa hadapan. Permasalahan remaja kini harus didepani dengan cara yang lebih berhikmah agar masa depan mereka dapat dilakar dengan gemilang dan cemerlang. Antara permasalahan remaja yang mendapat perhatian akhir - akhir ini ialah permasalahan menjaga abad - adab pergaulan dan perhubungan di antara remaja LELAKI dan PEREMPUAN.


OBJEKTIF PROGRAM

Mewujudkan dan menerapkan program - program keislaman dan dakwah yang berhikmah supaya para remaja yang menjadi aset negara ini menjadikan Ad-Din (agama) sebagai disiplin utama dalam mengharungi kehidupan usia remaja.


RASIONAL PROGRAM

1) Untuk menerapkan nilai - nilai Islam dalam diri REMAJA.
2) Untuk mengatasi permasalahan pergaulan bebas dikalangan REMAJA.
3) Untuk mewujudkan suasana penghayatan Islam di Dumah, Sekolah dan di dalam
Komuniti hidup REMAJA.
4) Merupakan keperluan yang mendesak kerana isu - isu pergaulan bebas yang membarah
dalam dunia REMAJA hari ini.

" ABJZ "

SEPANJANG SESI PROGRAM.


Golongan Remaja Mengikuti Program.



Majlis perasmian disempurnakan oleh
En. Zahid Bin Othman
Pegawai Jabatan Penerangan