Thursday, March 19, 2009

Objektif

Memupuk semangat kesukarelaan dan berdikari bagi mengukuhkan jati diri yang menjadikan asas kepada kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara.

Meningkatkan ilmu pengetahuan komuniti supaya dapat menggunakan maklumat secara bijaksana untuk menangkis tohmahan, dakyah dan fitnah oleh pijak yang tidak bertanggungjawab dengan melibatkan seluruh komuniti menyokong dasar dan menyertai program yang dijalankan oleh kerajaan.

Menjadikan ejen perubahan dalam komuniti bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian maklumat secara dua hala dalam pembangunan komuniti.

Misi, Visi dan Slogan

VisiKomuniti BESTARI peneraju maklumatan komuniti akar umbi

MisiMembentuk masyarakat yang bermaklumat dan bijaksana sejajar dengan wawasan negara.

Slogan”PENGGERAK PEMBANGUNAN MINDA”

Sejarah Penubuhan

Komuniti BESTARI diistihar penubuhannya pada 12 Oktober 2004 oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka sempena Konvensyen Komuniti BESTARI Peringkat Kebangsaan yang pertama.

Penubuhan ini bagi menggantikan K3P (Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca). K3P pada mulanya diterajui oleh Jabatan Penyiaran Malaysia pada tahun 1987. Pada tahun 1991, K3P diserahkan kepada Kementerian Penerangan. Pada 01 Julai 2000, K3P diserah kepada Jabatan Penerangan Malaysia.

Komuniti BESTARI ditubuhkan bagi memberikan imej baru (re-branding) dan memperkasakan pentadbiran serta aktiviti selaras dengan perkembangan dan cabaran semasa.

Konsep

Komuniti BESTARI adalah Program Gerakan Rakyat (Peoples Movement) yang dinamik, berwawasan berasaskan semangat kesukarelaan (voluntary) dan berdikari.

BESTARI membawa maksud : -

B - BERMAKLUMAT
E- ERAT
S- SILATURAHIM
T- TELEVISYEN
A - AKHBAR
R - RADIO
I - ICT/INTERNET